Wednesday, May 22, 2013

Luahan Hati



             ASSALAMUALAIKUM . . . . . w.b.t

Sebuah rasa yang tidak pernah terkubur walaupun suatu ketika dulu pernah ku cuba mengafankannya setelah diriku tak bermakna pada hidupmu .Kerinduan ini amat menyeksakan ,lalu ku rencanakan pertemuan sepintas lalu biarpun hanya sesaat wajahmu ku lihat , namun terubat juga rindu ini .. Ya ALLAH ,jika inilah suratan hidupku . .aku redha ya Allah .

Ya Allah ,betapa hati ini terharunya aku dengan kebesaranmu ,bila kau menghadirkan dia didalam lenaku walaupun aku tahu dan aku sedar aku hanya boleh memilikinya dalam mimpiku , namun aku bersyukur kepadamu kerana kau telah menganugerahkan kebahagiaan kepadaku biarpun ia sementara.

 Awak , maafkan saya kerana selama ini saya menganggu awak dan saya sentiasa berharap suatu saat nanti awak akan mengerti betapa saya amat mencintai awak. Dan segala yang saya lakukan adalah demi memperjuangkan cinta saya pada awak . Percayalah ,saya benar-benar mencintai awak semenjak pertama kali kita bertemu dahulu ,

Awak , yakinlah  . . sesungguhnya saya tidak seperti mereka yang hanya ingin mempermainkan hati dan perasaan awak. Bagi saya cinta yang lahir di hati saya adalah sebuah cinta yang tulus ikhlas buat awak dan ia tidak pernah terkubur. Saya percaya setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya cuma mungkin diketika ini keikhlasan dan kejujuran saya kabur dimata awak .

Awak , dengan seikhlasnya saya mohon sejuta kemaafan dari awak kerana saya gagal untuk melupakan awak .Saya tahu saya tidak layak untuk memiliki cinta awak ,tapi bagaimana hendak saya hapuskan rasa ini ,dimana saya melangkah disitu jugalah bayangan awak menanti saya .

Awak ,percayalah sesungguhnya saya tidak pernah merasa menyesal mencintai awak , dan saya tidak pernah berputus asa berusaha untuk memiliki cinta awak walaupun adakalanya sesuatu yang saya lakukan memalukan diri saya sendiri , namun demi awak saya sanggup .

Awak , sekali lagi saya mohon kemaafan kerana kehadiran saya selama ini telah banyak menyusahkan hidup awak.

No comments:

Post a Comment